Kemerdekaan negara kita serta pembentukan negara Malaysia berlaku dengan iltizam kepada falsafah kebebasan dan keadilan.  Rukun Negara kita menyatakan bahawasanya negara ini mendukung cita-cita hendak menjamin satu cara hidup liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak.  Seterusnya Wawasan 2020 menggariskan matlamat untuk mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur.

Selari dengan semua hasrat ini, maka golongan belia dan profesional muda dijemput untuk menyertai program khas “Felo Muda Perpaduan Nasional”. 

Penganjur

Program Felo Muda Perpaduan Nasional ini dianjurkan oleh IDEAS dan Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Jabatan Perdana Menteri.

Matlamat

Program khas Felo Muda Perpaduan Nasional ini bertujuan untuk membentuk sekumpulan 20 orang pemimpin muda yang akan menjuarai agenda kesederhanaan dan perpaduan nasional seperti yang dinyatakan dalam Rukun Negara “mendukung cita cita hendak menjamin satu cara hidup liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak.” 

Kandungan program

Dua puluh orang belia dan profesional muda yang terpilih untuk program Felo Muda ini akan melalui satu program latihan khas untuk membolehkan mereka menjadi lebih berkesan dalam membawa agenda perpaduan.

Program ini bermula pada bulan Februari dan berakhir pada bulan September 2015.  Aktiviti-aktiviti diadakan pada waktu hujung minggu atau hari cuti untuk membolehkan mereka yang belajar di universiti atau bekerja untuk turut menyertainya.

Lokasi aktiviti akan berubah dari semasa ke semasa di beberapa lokasi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.  Semua kos perjalanan dan penginapan dibiayai oleh IDEAS.

Antara aktiviti yang akan diadakan termasuklah:

  • Siri bengkel-bengkel latihan hujung minggu (Jumaat malam hingga petang Ahad) atau hari cuti.  Para Felo Muda akan dilatih dengan skil kepimpinan, perancangan strategik, komunikasi dan advokasi.  Para Felo Muda juga akan mendapat pendedahan mengenai integriti, hubungan antara kaum dan agama, pembinaan negara, ekonomi, globalisasi dan lain-lain lagi.
  • Pertemuan dengan pemimpin masyarakat.  Para Felo Muda akan berpeluang berdiskusi dengan pemimpin komuniti dan pemimpin agama di beberapa tempat di seluruh Malaysia untuk mengenalpasti secara terus situasi sebenar di peringkat akar umbi.  Pertemuan ini juga disusun pada hujung minggu atau hari cuti.
  • Persidangan kebangsaan pada bulan September yang akan diterajui oleh para Felo Muda sendiri.

Kos

Semua kos yang berkaitan akan ditanggung oleh IDEAS.  Para Felo Muda juga akan diberikan elaun keseluruhan berjumlah RM1000 setiap seorang.

Penyertaan

Setiap Felo Muda yang berjaya menamatkan keseluruhan program akan menerima:

  • Sijil penyertaan
  • Latihan dan kelas seperti yang dijadualkan
  • Semua tambang dan penginapan ke aktiviti rasmi dibayar
  • Jaringan perkenalan yang luas
  • Elaun sekaligus sebanyak RM1000

Syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia berumur antara 20 ke 30 tahun
  • Boleh menghadiri sepenuhnya semua aktiviti yang disusun
  • Tiada halangan untuk bermusafir ke beberapa tempat dalam negara
  • Mempunyai latar belakang kepimpinan
  • Beriltizam dengan nilai-nilai dalam Rukun Negara

Cara memohon

Tarikh tutup permohonan ialah pada jam 5 petang, Ahad 25 Januari 2015.

Semua yang berminat untuk memohon dijemput menghantar dokumen berikut:

  • CV yang terkini (beserta nombor kad pengenalan)
  • Transkrip keputusan peperiksaan terkini atau kelulusan yang tertinggi
  • Satu esei sepanjang 500 – 600 perkataan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris bertajuk
  • Cabaran dalam memastikan cara hidup liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan Malaysia dan penyelesaiannya.

atau

  • The challenges in guaranteeing a liberal approach towards Malaysia’s rich cultural heritage, and the solutions.

Dokumen-dokumen hendaklah dialamatkan kepada Encik Taufiq bin Abdul dan boleh  dihantar melalui:

Emel taufiq@ideas.org.my

  • Faks 03 6201 2001
  • Pos IDEAS, F4 Taman Tunku, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Mohd Taufiq Abdul melalui:

Klik di sini untuk memuat turun risalah

 

Leave a comment