Perkasa dan Utusan Malaysia mesti minta maaf
Kenyataan media IDEAS
5 Jun 2015
Untuk edaran segera
Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) telah mengarahkan firma guaman mereka menghantar surat kepada Utusan Melayu (Malaysia) Sdn Bhd, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), dan Ketua Penerangan Perkasa Encik Hassan Basri Muhammad, untuk memerlukan mereka menarik balik kenyataan fitnah yang merupakan satu libel yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Perkasa pada 1 Jun 2015 dan disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 2 Jun 2015. Satu salinan surat tersebut disertakan bersama kenyataan ini.
Mengulas perkara ini, Wan Saiful Wan Jan, Ketua Eksekutif IDEAS berkata:
“Perkasa telah membuat satu fitnah dan Utusan Malaysia pula tidak berusaha untuk memastikan kesahihan kenyataan itu dengan kami. Tohmahan mereka itu palsu, serius dan merosakkan nama baik Presiden IDEAS Tunku Zain Al-Abidin ibni Tuanku Muhriz. Hakikatnya Tunku Zain Al-‘Abidin tidak menyebut apa yang mereka tohmahkan.”
“Perkasa, Ketua Penerangan Perkasa dan Utusan Malaysia mesti menarik balik kenyataan dan laporan mereka secara terbuka. Kami mahu mereka meminta maaf atas kesalahan mereka.”
Sila baca ucapan YAM Tunku Abidin Muhriz
—-