Kosmo Online 26 June 2015

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memberi kebenaran kepada pelarian terutamanya kaum Rohingya untuk bekerja di negara ini daripada membenarkan lebih banyak pekerja Bangladesh dibawa masuk ke Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau berasa bingung dengan keputusan kerajaan untuk membawa masuk lebih banyak pekerja Bangladesh terutamanya dalam sektor perladangan, memandangkan mereka jelas tidak berminat untuk bekerja dalam industri berkenaan.

Wan Saiful juga Pengarah Rangkaian bagi Pembangunan Asia Tenggara (Seanet), berkata, Kementerian Dalam Negeri membenarkan pengambilan 500,000 pekerja asing dari Bangladesh untuk bekerja di sektor perladangan di Malaysia, bagaimanapun pekerja Bangladesh biasanya tidak gemar bekerja di sektor perladangan.

“Menurut Biro Tenaga Kerja, Pekerjaan dan Latihan Bangladesh, beberapa tahun lepas, sasaran 50,000 pekerja ditetapkan untuk dihantar ke Malaysia setiap enam bulan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, mereka hanya dapat menghantar 7,000 pekerja dalam tempoh dua tahun dan ini menunjukkan mereka tidak dapat memenuhi permintaan di negara ini. – Bernama

– – –

Juga disiarkan di:-

Sinar Harian 27 Jun 2015

Sinar Harian 27 Jun 2015

Leave a comment