Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi Wan Saiful Wan Jan berkata, Zahra tidak seharusnya menggunakan platform kaum bagi menyampaikan permasalahannya kerana apa yang dialami Zahra turut dialami graduan dari kaum lain.

“Isu yang ditimbulkan adalah bagus tetapi saya juga bimbang amat mudah isu kesusahan rakyat ini dieksploitasi menjadi isu perkauman. Sedangkan ia tak patut jadi isu perkauman kerana semua orang menghadapi masalah sama.

“Alangkah baiknya jika dia bercakap graduan hadapi kesukaran dan jadi tanggungjawab semua pihak untuk membantu graduan tanpa kira bangsa atau agama untuk berjaya dalam negara.
“Itu mesej yang lebih positif dan tidak mengundang polemik perkauman,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Klik sini untuk baca artikel

Leave a comment