Klik untuk menempah

Pengarang: Amin Ahmad, Felo IDEAS

Umumnya, Jerman adalah sebuah negara yang hebat pengalaman transisi politiknya. Daripada pemerintahan monarki kepada pemerintahan demokrasi, seterusnya kediktatoran dan juga terpecahnya negara itu kepada dua wilayah di bawah zon pendudukan asing, berdirinya Tembok Berlin sebagai simbol Perang Dingin paling diingati dalam sejarah, Jerman kini merupakan sebuah negara yang dihormati di seluruh dunia. Buku ini ditulis untuk menelusuri pelbagai simpang penting dalam sejarah politik-ekonomi-sosial Jerman sejak pasca Perang Dunia Pertama sehingga keruntuhan Tembok Berlin, dan seterusnya pasca penyatuan wilayah Barat dan Timur dengan fokus kepada keajaiban ekonomi Jerman (Wirtschaftswunder) yang dinisbahkan kepada system Ekonomi Pasaran Sosial (Soziale Marktwirtschaft). Meskipun umumnya banyak perbezaan yang boleh ditunjukkan, beberapa ruang pembelajaran boleh didapatkan dalam perbandingan antara Jerman dan Malaysia.

Penerbit: Institut Kajian Dasar
Tahun: 2011
ISBN: 9789838840965
Harga: RM25.00
Untuk menempah buku ini, sila hubungi Gerakbudaya Enterprise (http://gbgerakbudaya.com/bookshop/)

Leave a comment