Klik pada logo untuk melawat laman web Pusat Autisme IDEAS

Klik pada logo untuk melawat laman web Pusat Autisme IDEAS

Pusat Autisme IDEAS kini telah dibuka di Taman Bukit Templer (berhampiran Bandar Baru Selayang).

Pusat ini menawarkan program intervensi awal untuk kanak-kanak autisme.

Untuk kemudahan ibu-bapa yang bekerja, Pusat Autisme IDEAS menggabungkan khidmat penjagaan dan terapi dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang dengan kadar yuran yang berpatutan.

Keistimewaan lain pusat ini ialah ia menggunakan pendekatan rangsangan berasaskan persekitaran rumah yang berkesan untuk membantu perkembangan kanak-kanak.

Antara sesi yang akan disediakan di Pusat Autisme IDEAS ialah:
a. Rangsangan deria dan latihan
b. Terapi pertuturan (speech therapy)
c. Terapi carakerja (occupational therapy)
d. Latihan kemahiran interaksi sosial
e. Galakan dan sokongan untuk berdikari dalam pengurusan diri
f. Terapi tingkahlaku (behavioral therapy)
g. Terapi musik (music therapy)

Keluarga yang mempunyai anak autistik yang berumur di bawah 6 tahun layak memohon menyertai program intervensi awal ini.

Ahli-ahli Lembaga Pengelola Pusat Autisme IDEAS ialah:

  1. Wan Saiful Wan Jan (Pengerusi), Ketua Eksekutif IDEAS
  2. Dr Hartini Zainuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sapura.
  3. Dato’ Anthony Cooper, Pemegang Amanah Yayasan Tinggi
  4. Datin Andrea Maiolla, Pemegang Amanah Yayasan Tinggi.
  5. Datin Dr. Fauzi Ismail, Pakar Psikiatri Kanak-Kanak, HKL
  6. Dr Maszlee Malik, Penasihat Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Selangor.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Puan Sharifah (010 513 6606 / sharifah@ideas.org.my) atau En. Fakhri (019 381 1601 / fakhri@ideas.org.my).

Tempat adalah terhad untuk maksima 20 orang kanak-kanak sahaja.

Tajaan Yuran Bulanan boleh dipohon oleh mereka yang layak.

Leave a comment