Perlembagaan & Semangat Perlembagaan:
Memahami konsep kedaulatan undang-undang

(The Constitution & Constitutionalism: understanding rule of law)

5 – 7 Februari 2010

Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Bangi, Selangor

Penceramah utama: Professor Abdul Aziz Bari

Akademi Merdeka kali ini akan dipimpin oleh Professor Abdul Aziz Bari, Felo Kanan Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS) yang merupakan pakar undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa, berdasarkan modul yang beliau hasilkan khas untuk Akademi ini. Para peserta juga akan berpeluang berinteraksi dengan wakil-wakil pelbagai parti politik kerajaan dan pembangkang.

Akademi Merdeka ialah satu kursus pendek yang membincangkan dengan mendalam prinsip-prinsip penting untuk negara, seperti kedaulatan undang-undang, kerajaan terhad, pasaran bebas dan kemerdekaan individu. Program dikendalikan oleh tokoh-tokoh tersohor dari dalam dan luar negara dan biasanya berlangsung daripada hari Jumaat sehingga Ahad. Semua peserta dimestikan menginap di tempat program. Para peserta juga dibekalkan dengan buku, kertas kerja serta lain-lain bahan rujukan.

Topik-topik yang akan dibincangkan secara kritikal termasuklah:

Demokrasi, keperlembagaan, dan perlembagaan
– Pengasingan kuasa berdasarkan Perlembagaan Malaysia
– Hak asasi manusia dan perlembagaan
– Kedudukan istimewa Islam dan Melayu
– Federalisme dalam Perlembagaan Malaysia
– Mendepani cabaran keperlembagaan

AkademiMerdeka.org menawarkan biasiswa untuk membolehkan seramai mungkin peserta menyertai Akademi Merdeka. Semua yang berminat digalakkan memohon biasiswa yang kami tawarkan untuk membiayai sebahagian atau keseluruhan yuran penyertaan dan kos penginapan. Tetapi kos pengangkutan mungkin akan dibiayai dalam kes-kes tertentu sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.AkademiMerdeka.org

Leave a comment