UNTUK SIARAN SEGERA

5 Julai 2015

****

KENYATAAN AKHBAR : Perkasa dan Utusan Malaysia minta maaf kepada Presiden IDEAS

5 Julai, Kuala Lumpur – Pada 2 Jun 2015 Utusan Malaysia melaporkan Ketua Penerangan PERKASA menuduh bahawa Presiden IDEAS, Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz, telah membuat satu kenyataan yang sebenarnya tidak pernah beliau sebutkan di majlis anjuran Persatuan Harmoni Malaysia. Teks sebenar ucapan beliau boleh dicapai di sini: http://ideas.org.my/comments/speech-delivered-by-tunku-abidin-muhriz-at-the-launch-of-harmony-malaysia/

IDEAS telah menuntut supaya Perkasa dan Utusan Malaysia memohon maaf dan menarik balik tuduhan dan laporan palsu tersebut. Kedua-duanya telah memohon maaf dan menarik balik kenyataan mereka.

Mengulas perkara ini, Tunku ‘Abidin berkata “Saya gembira kerana Perkasa dan Utusan Malaysia telah menerima hakikat bahawa mereka bersalah.  Mereka telah memohon maaf kepada saya dan ini menunjukkan bahawa sikap rendah diri dan bermaaf-maafan adalah elemen penting dalam budaya Melayu yang sentiasa kita raikan, terutama dalam hari-hari terakhir bulan Ramadhan yang mulia ini.”

Ketua eksekutif IDEAS Wan Saiful Wan Jan menambah “Kami memandang serius tuduhan-tuduhan palsu oleh media dan mana-mana individu. Dalam rangka memastikan kualiti yang tinggi dalam penyelidikan dan penglibatan awam kami, sudah pasti kami mengalu-alukan kritikan daripada pelbagai pihak. Tapi mereka yang mahu memberi ulasan harus berhati-hati supaya maklumat mereka tepat dan jangan menuduh secara membuta tuli.”

Permohonan maaf Utusan Malaysia dan Perkasa boleh dibaca di sini: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kenyataan-maaf-dan-penarikan-balik-artikel-1.109435

http://pribumiperkasa.org/wp-content/uploads/2015/06/new-01.jpg

###

 

1 Comment

  • RAJA RAZMAN BIN RAJA ABU BAKAR 2015 Jul 06 / 09:36

    HAPPY BIRTHDAY TUANKU !

    ‘DAULAT TUANKU’

Leave a comment